| Sejarah | ||
Alamat
Pejabat:
|
|
Hasil
pertemuan demi pertemuan tidak rasmi antara beberapa orang pemilik kereta
waja, akhirnya tercetus idea salah seorang pemilik untuk menubuhkan sebuah
kelab pemilik kereta jenama proton waja. Sekitar bulan Mei tahun 2005,
maka tertubuhlah sebuah kelab kereta proton waja yang diberi nama WMC
KL(Waja Motorsport Club Kuala Lumpur). Bagaimanapun kesinambungan kelab
ini tidak kesampaian. Ia hampir tenggelam setelah pemergian Arwah Razif
iaitu pengasas kelab WMC KL. Bagaimanapun, setelah kian lama, beberapa orang ahli lama telah berusaha kembali untuk menghidupkan kelab proton waja ini dengan nama baru dan juga semangat baru iaitu WajaClub. Secara rasminya WajaClub telah ditubuhkan pada Oktober 2006. Bagi memantapkan lagi WajaClub, atas inisiatif beberapa ahli, mereka telah berusaha mendaftarkan WajaClub sebagai sebuah pertubuhan kelab kereta yang sah berdaftar dan menurut undang-undang pendaftaran. No pendaftaran WajaClub ialah 1613-09-NSE dan penaung rasmi WajaClub ialah YB Tan Sri Isa Samad. Presiden WajaClub yang baru dan terkini ialah saudara Mohd Fairuz Mohd Razali. |
| Wawasan | ||
Tujuan
utama penubuhan WajaClub ialah untuk menghimpun seberapa ramai pemilik
kenderaan jenama proton waja untuk bernaung di bawah satu pertubuhan yang
sah berdaftar. Dengan itu ahli-ahli dapat bertukar-tukar pendapat dan
berbincang tentang industri permotoran Negara. Sehingga kini, ahli-ahli
WajaClub merangkumi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Johor,
Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Pahang, Terengganu,
Kelantan, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Dari permulaan bilangan ahli
tidak sampai 50 orang, statistik terkini menunjukkan bilangan ahli WajaClub
hampir mencecah 200 orang. Wajaclub telah berhasil mengadakan beberapa
majlis perjumpaan antara ahli, menganjurkan majlis berbuka puasa, majlis
rumah terbuka, hari keluarga, Mesyuarat Agung Tahunan, sambutan kemerdekaan,
sambutan tahun baru, menyertai beberapa autoshow, interTT dengan beberapa
kelab kereta lain dan beberapa lagi program berbentuk kemasyarakatan. |
||
| Logo | ||
Kelab
menggunakan lambang kereta nasional waja yang direkabentuk secara grafik.
Kelab hanya menggunakan 2 warna sahaja iaitu putih dan merah. Manakala teks ‘WajaClub’ di bawah lambang kereta tersebut adalah sebagai lambang penaung kelab dan menjadi tapak kepada keseluruhan lambang. Teks ‘WC’ pula menunjukan semangat gabungan setiakawan antara sesama ahli. |
||
| Moto | ||
“WajaClub
Peneraju Dunia Permotoran Negara”. |